hakikat sembahyang

Views


SABDA Rasulullah s.a.w yang maksudnya: 
Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang 
yang diwajibkan lalu dia pun berwuduk dengan wuduk yang baik, 
melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan rukuknya, 
maka sembahyang itu merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, 
selagi dia tidak melakukan dosa besar.”

Riwayat Muslim

Huraian:
Agak menghairankan apabila didapati ada orang yang mengerjakan sembahyang
 tetapi masih tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat. 

Mengapa?
 Jawapannya adalah kemungkinan besar kerana 
sembahyang yang dikerjakan itu sebenarnya tidak ikhlas kepada Allah
 melainkan untuk menunjuk-nunjuk, riyak dan takbur.
 Sembahyang yang sedemikian ini sama sekali tidak akan memberikan apa-apa kesan
 terhadap jiwa dan pembentukan peribadi
 serta tidak dapat menjamin serta mendinding diri 
daripada melakukan perkara-perkara negatif dan maksiat.

Sesungguhnya sembahyang dalam erti kata yang sebenar
 ialah sembahyang yang dikerjakan dengan hati yang khusyuk
 dan menghayati setiap apa yang dibaca. 
Hasilnya ia berupaya mendidik seseorang kepada pembangunan sahsiah muslim yang sejati.
 Hal ini bermula dengan berwuduk yang menganjurkan kebersihan tubuh badan serta pakaian, 
sehinggalah kepada geraklaku 
dan tatatertib khusus yang perlu diiltizamkan oleh orang yang sembahyang.

Sembahyang berjamaah contohnya,
 mendidik seseorang itu mematuhi seorang ketua yang tidak harus
 bagi seorang makmum mendahului imam dalam apa jua geraklakunya.
 Manakala dari hal menjaga saf-saf ketika bersembahyang pula
 memberikan satu pengajaran 
tentang kepentingan perpaduan dalam suatu masyarakat yang dipimpin.

Selain kebersihan zahir,
 sembahyang juga mampu melupuskan kotoran dosa yang pernah dilakukan
 kerana sembahyang merupakan satu-satunya peluang keemasan 
untuk setiap hamba mencari pengampunan dari tuhan-Nya.
 Usaha ini diseiringkan dengan amalan zikir 
dan doa-doa yang dibaca sewaktu sembahyang di mana ia akan menguatkan lagi hubungan dengan Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment