tips keluar dating pertama kali

Views


Wah…kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tips-tips 
dan panduan yang saya gunakan apabila keluar dating dengan gadis-gadis Mrs Teddy.

 Mungkin ada sesetengah tips yang saya gunakan di sini tidak beberapa sesuai untuk anda.
 Tetapi diharapkan sedikit sebanyak tips yang saya catatkan di sini 
dapat diguna pakai ketika anda keluar dating dengan orang yang anda sayang…
 Phewit…!!!







Apa Yang Perlu Dan Tidak Perlu Dilakukan


Rancang Terlebih Dahulu


Yup! Inilah yang paling penting.
 Anda perlu merancang terlebih dahulu masa 
dan aktiviti yang ingin dilakukan apabila keluar dating nanti.
 Selain daripada itu, 
anda juga perlu lihat samada budget anda mencukupi atau tidak.
 Jika tidak, cuba buang mana-mana aktiviti yang tidak penting
 agar poket anda tidak tinggal habuk apabila balik ke rumah nanti.




Pakaian Jangan Over


Semasa hendak keluar dating, 
hati-hati dengan pemilihan pakaian yang anda pakai. 
Adakah anda ingin pakai pakaian ala-ala hip hop, 
stylo mylo, funky, geek dan sebagainya?
 Bagi saya, tidak perlu itu semua. 
Sudah cukup sekiranya kita memakai pakaian yang ringkas-ringkas dan nampak kemas.
 Pakaian yang dipakai itu tidak perlu terlalu over dan tidak terlalu selekeh. 
Anda perlu ingat, tujuan kita keluar 
adalah untuk pergi dating dan bukannya pergi ke event atau function yang mewah-mewah.




Teman Dia Ke Mana Saja


Tidak sah kalau keluar dating tanpa Si Dia tidak singgah masuk ke kedai baju,
 kedai kasut dan sebagainya. 
Kalau dia nak singgah tu, 
ikut sajalah ke mana dia nak pergi. 
Kalau anda tak larat nak temankan dia, 
duduk sajalah di mana-mana kerusi yang ada dalam kedai itu. 
Saya selalu gunakan tips ni semasa di kedai kasut. 
Tetapi pastikan juga anda melihat ke mana dia pergi. 
Mana la tau kot-kot dia akan memanggil anda untuk berikan pendapat tentang baju ke,
 kasut ke, atau barang-barang yang dia nak beli. 
Walaupun boleh dikatakan 90% daripadanya memang dia tidak akan beli tetapi, 
at least dia berasa gembira apabila anda dapat teman
 dan melayan permintaan dia dengan sebaiknya.


Berikan Pendapat Jika Ditanya


Dan lagi satu, apabila ditanya untuk berikan pendapat,
 cuba berikan pendapat anda dengan seikhlas yang mungkin.
 Saya kadang-kala ada juga mengada-ngada menterbalikkan pendapat saya. 
Saja nak bergurau-gurau la katakan. 
Apabila baju tu lawa, saya cakap tak lawa. 
Bila kasut tu tak sesuai, saya cakap sesuai. 
Gedik kan? 
Tetapi memang saya suka buat macam tu.
 Dan lepas tu kena pandai-pandailah pujuk balik 
bila dah nampak mulut dia semacam je muncungnya.


Jangan Jadi Bisu


Semasa sedang berjalan-jalan tu, jangan biarkan suasana menjadi bisu.
 Cuba bangkitkan beberapa topik perbualan 
supaya Si Dia tidak berasa bosan apabila keluar dating dengan anda.
 Sebagai contoh yang mudah,
 cuba berikan pendapat anda tentang filem yang ditonton.
 Cuba gunakan apa-apa perkara yang menarik 
dalam filem tersebut ke dalam topik perbualan anda. 
Dengan itu, sedikit sebanyak dating anda tidaklah bosan dan sunyi sahaja. 
Tetapi perlu diingatkan, berhati-hati ketika memilih topik perbualan. 
Jika anda salah pilih topik, 
payah juga untuk menceriakan semula keadaan.


Buat Si Dia Ketawa


Part ini adalah part yang saya rasa sukar bagi sesetengah orang.
 Bagi kepada mereka yang ringan mulut, saya rasa mereka tidak akan mengalami masalah.
 Cara ini adalah bagus kerana bukan sahaja Si Dia akan berasa gembira
 malah ianya akan memberikan Si Dia kekuatan 
kerana andalah penyeri hidupnya
 apabila Si Dia berasa kesunyian atau pun keseorangan.



Aktiviti Ketika Keluar Dating


Menonton Wayang


Tadi ada disebut pasal aktiviti.
 Dan ini merupakan salah satu aktiviti yang wajib
 apabila saya dan Mrs Teddy keluar dating. 
Setiap kali dating, saya akan beli dua tiket wayang untuk dua cerita filem yang berbeza. 
Bagi sesetengah orang, mereka akan berkata, 
“Kenapa la korang buang masa tengok wayang? 
Bosan la weh tengok wayang tu…”. 
Well, bagi pendapat saya, 
dengan menonton wayang ini lah kita akan mempunyai masa yang panjang
 untuk bersama-sama dengan teman istimewa kita. 
Disamping itu, kita juga dapat berkongsi pendapat 
dan bercerita tentang cerita yang ditonton. 
Jadi, tidaklah berasa bosan sepanjang kita keluar dating nanti.


Makan Bersama


Ha, ini lagi satu perkara yang wajib 
dan mesti dan sesungguhnya aktiviti yang patut anda rancangkan ketika keluar dating. 
Tidak kisahlah samada pergi sarapan ke, 
makan tengahari ke, makan malam ke, 
tetapi aktiviti makan bersama ini perlu ada dalam perancangan aktiviti dating anda. 
Macam saya dan Mrs Teddy, setiap kali keluar je, 
mesti kami akan makan tengahari bersama-sama, 
minum petang bersama-sama dan akhir sekali, makan malam bersama-sama.
 Banyak betul kan kami makan? Hahaha… 
Memang banyak berbelanja kalau keluar dating ni.
 Itu sebabnya saya katakan di awal-awal tadi bahawa perancangan adalah penting.


Bermain Bowling


Kalau ada duit lebih, saya dan Mrs Teddy akan bermain bowling.
 Walaupun saya tidaklah sehebat mana,
 tetapi boleh la nak kalahkan Mrs Teddy tu.
 Kacang je kalau nak kalahkan Mrs Teddy. 
Hehehe… Tetapi, saya pernah juga kalah dengan Mrs Teddy.
 Itu pun saya saja je bagi dia peluang menang. 
Kalau tak, mahu nya dia merayu-rayu minta handicap.
 Mana boleh…!!! 
(Padahal memang saya kalah pun sebenarnya…)


Ambil Gambar Kenangan


Walaupun ianya tidak penting, 
tetapi kalau boleh ambillah gambar sebagai kenang-kenangan apabila keluar dating nanti. 
Bukannya apa,
 bagi saya setiap hari yang kita luangkan dan setiap masa yang kita berikan 
adalah berbeza dari dating-dating yang kita pernah dan akan lalui. 
Mungkin apabila kita melihat semula gambar-gambar tersebut,
 kita akan teringat kembali peristiwa lucu dan kelakar semasa mengambil gambar itu. 
Tidakkah ianya akan mengembalikan nostalgia pada diri anda suatu hari nanti?




Hurm…jadi, itulah dia sedikit sebanyak tips dating yang dapat saya kongsikan
 dengan pembaca semua. 
Seperti yang saya katakan di awal-awal entri ini,
 sesetengah tips ini sesuai digunakan oleh anda sekalian.
 Tetapi terdapat juga sesetengah tips tidak beberapa sesuai 
digunakan pada keadaan-keadaan tertentu. 
Jadi, terpulanglah pada anda untuk lakukan apa yang patut.




Sumber: Tentangcinta.com

makanan yang menjadikan lelaki kuat dan bertenaga

Views


inilah beberapa jenis makanan yang seharusnya terdapat 
dalam senarai menu harian bagi kaum lelaki.
 Jenis makanan yang tersenarai ini sudah dalam kajian para pakar pemakanan 
dan dipercayai dan terbukti memiliki khasiat
 yang sangat diperlukan oleh kaum lelaki 
kerana makanan ini mampu meningkatkan potensi tenaga kelelakian : 

Pisang





Pisang adalah makanan terbaik untuk seks.
 Pisang mengandungi sumber yang kaya dengan vitamin B, 
mengubah karbohidrat menjadi energi, 
yang mampu membantu bertahan lebih lama di ranjang. 
Buah ini juga membantu tubuh untuk memproduksi hormon seks seperti testosteron. 
Sebelum aksi, lebih baik makan beberapa biji pisang.


Makanan pedas





Jenis makanan pedas mampu bertindak untuk memanaskan suasana diranjang.
 Serbuk lada, cili merah, dan halia 
membantu menaikkan sirkulasi atau peredaran darah.




Makanan Laut [Seafood]



Ikan dan tiram mengandungi ubat kuat untuk seks
. Ikan kaya akan Omega 3 dimana asid lemak berfungsi mengaktifkan metabolisme tubuh.
 Ikan juga merangsang sistem hormon dopamin [terdapat dalam serum darah]
 yang memberi kesegaran sistem otak dan kaya akan vitamin B untuk kesuburan.
 Sedangkan tiram pula mengandungi zink yang menyihatkan kelenjar prostat
 serta merangsang produksi testosteron bagi lelaki.



Coklat hitam


Coklat hitam mengandungi zat kimia yang disebut phenethylamine 
yang dapat melahirkan perasaan rileks, senang dan mabuk kepayang.
 Makanan manis ini juga mampu meningkatkan suasana hati, 
meredakan stres yang disebabkan serotonin 
dan merangsang keinginan untuk melakukan hubungan jasmani 
dan menurunkan perasaan menahan diri.


Minyak zaitun

Minyak zaitun membantu tubuh memproduksi hormon testosteron.
 Kurangnya hormon ini boleh menyebabkan
 kurangnya perasaan ghairah dan kenikmatan seksual, 
serta ketidakmampuan untuk mencapai orgasme.

Selamat mencuba dan mengamalkannya.











salah erti dalam percakapan

Views



lelaki dan wanita dua insan yang saling memerlukan. 
Namun perbezaan ketara di antara makhluk berdua ini
ialah lelaki bercakap hanya perkara yang ringkas
tetapi wanita pula lebih meleret-leret sehinggakan ada kalanya timbul masalah dalam sesuatu hubungan. Berikut bebrapa perkara yang lelaki cakap tetapi sering disalah erikan oleh kaum wanita :-


LELAKI CAKAP :
” Saya ingin keluar dengan kawan-kawan.. ”

APA YANG WANITA FAHAM :
Kalau berjumpa kawan-kawan mesti lelaki akan memperbualkan hubungan anda yang semakin mesra dan saling menyayangi.

KENAPA MEREKA DENGAR BEGITU :
Bila keluar bersama kawan-kawan, 
wanita biasanya akan berbincang pasal teman lelaki masing-masing.
Mereka akan bercerita akan kelebihan teman lelaki 
dan apa juga hal yang berkaitan dengan mereka. 
Pada hal lelaki sebenarnya tidak akan menyentuh langsung 
akan hal ini bila keluar dengan kawan-kawan mereka
kerana hal ini dianggap remeh temeh kerana lelaki lebih suka bercerita
tentang bola sepak, teknologi terkini dan sebagainya.


APA YANG LELAKI PATUT CAKAP :
Bila anda ingin keluar dengan kawan-kawa,
beritahu terus terang dengan pasangan, siapa kawan anda,
bagaimana sikap mereka dan kalu boleh beritahu dengan lebih terperinci 
supaya wanita fahan dan tahu yang anda sebenarnya
tidak akan bercakap hal mereka sebenarnya.



LELAKI CAKAP :
” Dia hanya kawab biasa..”

APA YANG WANITA FAHAM :
Kawa biasa atau kawan luar biasa yang boleh dibawa ke ranjang.

KENAPA MEREKA DENGAR BEGITU :
Ramai wanita tidak mempercayai lelaki apatah lagi bila lelaki keluar 
berdua-duaan dengan wanita lain tanpa kehadiran kekasih. 
Ini kerana lelaki biasanya jenis yang suka mengambil kesempatan
di atas kelemahan seorang wanita.

APA YANG LELAKI PATUT CAKAP :
Apabila anda hendak keluar bersama kawan-kawan perempuan 
yang lain tanpa kehadiran kekasih,
pastikan anda memberitahu pasangan dengan jelas dan terang,
dengan siapa anda keluar, namanya apa,
tinggal di mana, bagaimana hubungan anda berdua
dan sebagainya agar kekasih tidak terasa dirinya ditinggalkan atau diabaikan.


LELAKI CAKAP :
“Senyuman anda cukup menawan hati
(atau memuji apa saja berkaitan bentuk tubuh kekasihnya)”

APA YANG WANITA FAHAM :
Tentu lelaki sudah melakukan kesalahan
dan sebab itulah beria-ia memuji.

KENAPA MEREKA DENGAR BEGITU :
Lelaki terutama yang bukan jenis romantis, 
biasanya sangat jarang memuji teman wanitanya mahupun juga isteri.
Namun apabila lelaki tiba-tiba memuji, 
seolah-olah ada sesuatu yang lelaki kehendaki 
atau telah melakukan kesalahan yang menuntut permohonan maaf daripada pasangannya. 
Justeru itu bila lelaki mula memuji, tentua ada yang tidak kena.

APA YANG LELAKI PATUT CAKAP :
Tidak dinafikan,
lelaki memang sudah dilahirkan sebagai makhluk yang menggunakan
akal fikiran tatkala mengeluarkan bicara. 
Mereka hanya akan bercakap perkara yang perlu 
atau penting sahaja dan tidak akan meleret-leret 
malah ada sesetegah lelaki juga yang tidak romantis 
dan tidak suka cakap benda yang meleret-leret. 
Justeru itu, niat anda ingin memuji pasangan tidak salah,
kalau boleh lakukanlah selalu agar pasangan
atau teman wanita anda tidak beranggapan yang anda 
memuji mereka ketika berkehendakkan sesuatu sahaja.
Pamerkan keikhlasan hati tatkala memuji dan barulah pasangan rasa dihargai.


LELAKI CAKAP :
“Masakan yang anda masak mengingatkan saya kepada mak…”

APA YANG WANITA DENGAR :
Anda mahu membandingkan saya dan mak awak sebenarnya.

KENAPA MEREKA DENGAR BEGITU :
Kadangkala wanita rasa terdesak apabila lelaki 
atau suami sering memuji masakan emak mereka 
dan tidak pada masakan yang anda masak.
Memang sifat semulajadi wanita yang sering suka membanding-bandingkan, 
siapa yang paling cantik, paling kurus, 
paling menawan dan sebagainya 
dan semua ini dianggap sebagai satu perlawanan yang harus dimenangi.

APA YANG LELAKI PATUT CAKAP :
Sifat semulajadi wanita yang tidak suka dibandingkan
dengan sesiapa hatta ibu mertua atau sebagainya. 
Justeru itu, apabila anda ingin memuji pasangan, 
beritahu bahawa masakan yang dimasaknya sangat enak malah melebihi keenakan yang dimasak oleh emaknya sendiri.


LELAKI CAKAP :
“Sekadar menelefon dan mahu bertanya khabar…”
APA YANG WANITA DENGAR :
Apa bukannya mahu bertanya khabar 
sebaliknya mengesyaki mereka sesuatu.

KENAPA MEREKA DENGAR BEGITU :
Sama seperti wanita yang memiliki sifat cemburu agak keterlaluan,
wanita juga berfikiran sama apabila seseorang lelaki menelefon 
dan bertanyakan khabar walaupun anda baru saja bertemu sebentar tadi.

APA YANG LELAKI PATUT CAKAP :
Sebelum menelefon bertanyakan khabar 
atau sekadar bertanya “hai” pastikan anda mempunyai alasan yang kukuh
untuk menelefon pasangan agar mereka tidak curiga tujuan anda menghubunginya. 
Kalau boleh mesti ada cerita dan jangan sekadar mahu berbual kosong sahaja.

antara kasih, sayang dan cinta

Views


Tiga perkataan yang nampak seakan sama untuk diterjemahkan,
 namun jika diteliti membawa kepada pengertian yang sangat berbeza.
Pengertian tiga perkataan ini memberikan makna yang sangat mendalam untuk difahami.
 Emosi dan tindakan juga sebenarnya menggambarkan bahawa kasih, 
sayang dan cinta mempunyai perbezaan walaupun sedikit.


Kasih..


Kita sering mengucapkan kalimah basmalah yang membawa maksud
 “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”.
 Allah SWT sebenarnya sangat mengasihi kita sebagai hambaNya.
 Dan jika kita halusi mengapa Allah SWT 
mengasihi manusia sudah tentu hanya kerana Allah SWT 
mempunyai belas kasihan terhadap hambaNya.
 Rasa kasih sebenarnya terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang.
 Begitu juga Allah SWT mengasihi kita selayaknya
 kerana kita lemah dan perlu dikasihani.


Dalam hubungan sesama manusia, 
kasih kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang dan seterusnya rasa cinta. 
Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat. 
Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan kasih
 selalunya digabungkan sekali dengan perkataan sayang. 
Jadi tidak hairanlah mengapa Rasulullah sendiri berkahwin 
dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan.
 Rasa belas kasihan kerana tidak mampu melihat kesusahan 
wanita-wanita yang kehilangan suami kerana syahid telah mengangkat baginda untuk menyayangi
 dan mencintai mereka sebagai isteri.


Sayang..


Perkataan yang sukar untuk dibezakan dan diterjemahkan 
terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia.
 Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai
 kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi. 
Anda mungkin menyayangi sahabat anda, keluarga anda, guru anda atau sesiapa sahaja.
 Tetapi berbeza jika anda mengatakan bahawa anda menyayangi isteri anda.
 Kerana rasa sayang kepada isteri sebagai teman hidup
 memberikan maksud anda mencintai pasangan anda sedalam-dalamnya.


Namun fahamilah, 
sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk anda
 melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda. 
Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia.
 Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan 
sama ada anda sebagai orang yang menyayangi 
dan disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keikhlasan
 dalam setiap tindakan yang dilakukannya. 
Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan
 dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang.


Cinta..


Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih sayang. 
Menggambarkan bahawa bila menyebut cinta 
sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang kepada seseorang. 
Bila mencintai seseorang,
 tersiratnya anda mempunyai rasa sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan anda seadanya.
 Anda hanya memikirkan dirinya, perkongsian hidup bersama
 dan juga kebahagiaan masa depan bersama.


Cinta terlalu kompleks untuk dihuraikan. 
Kerana cinta membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza.
 Dalam satu pepatah arab, mendefinisikan cinta itu pekak dan buta.
 Rasa cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga 
untuk kita menerima segala nasihat daripada orang lain.
 Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri. 
Cinta juga akan membutakan mata 
untuk melihat kelemahan-kelemahan 
pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain.


Cinta mampu memberikan rasa gembira kepada pasangan, 
tetapi cinta juga memberikan luka yang sukar untuk diubati.
 Cinta membahagiakan bila berjaya hidup 
bersama pasangan dan sangat memedihkan bila gagal.
 Itulah kelebihan dan kelemahan cinta.
 Kerana pengertian cinta selalunya disandarkan hanya pada manusia. 
Manusia tidak sempurna. 
Jika pengertian cinta ini disandarkan pada Allah Yang Esa,
 sudah pasti tidak akan wujud istilah putus cinta.

jangan kamu marah

Views




Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya: Berwasiatlah kepada ku. 
Sabda Rasulullah SAW: 
Jangan kamu marah. 

Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. 
Sabda Rasulullah SAW: 
Jangan kamu marah..


Hasan al-Basri pernah berkata: 
Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka: (iaitu) 
Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, 
syahwat dan kemarahan. 
Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan. 
Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah 
dan anggota badannya seperti warna mukanya bertukar merah, 
urat-urat lehernya menegang, tubuh badan seakan-akan menggigil kerana geram, 
suara menjadi nyaring manakala 
lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk sama ada mengutuk atau mengeji.


Ada kemungkinan patah-patah perkataan itu berupa penghinaan 
atau yang seumpama dengannya yang haram diucapkan
 termasuklah menuduh orang lain sebagai kafir dan lai-lain. 
Selain itu, seseorang itu juga akan melakukan perbuatan
 yang di luar kawalannya sendiri seperti memukul, 
menumbuk, menampar dan sebagainya. 
Semua ini berkemungkinan akan mendorong kepada perbuatan 
yang menyakitkan orang lain yang akhirnya mewujudkan permusuhan 
dan kebencian di antara satu sama lain.
Justeru walaupun sifat marah adalah sifat semula jadi manusia
 namun sebagai seorang Muslim kita hendaklah berusaha
 untuk menjauhkan diri daripada segala sebab yang menyebabkan kemarahan.

-Riwayat: Al-Bukhari

elak kesilapan menjelang perkhawinan

Views


“Berapa hantarannya?”

“Kenduri bila?”

“Honey moon di mana?”

Demikian antara persoalan yang sering timbul apabila hari pernikahan semakin hampir. 
Menjelang kenduri kahwin, semakin sibuk ibu bapa,
 keluarga serta bakal pengantin sendiri menghabiskan masa
 untuk memastikan persediaan sempurna dan tiada apa yang kurang.

Malah hari ini sudah menjadi perkara biasa untuk kaum keluarga
 dan adik-beradik memakai pakaian sedondon, 
sesuai dengan warna tema sesebuah majlis kenduri kahwin. 
Andaikata warna temanya biru, 
semua adik-beradik dan kaum keluarga akan berpakaian seragam biru.
 Khemah pun disusun rapi dan bereben biru
 sehinggakan door gift untuk tetamu pun mesti bertema serupa!

Namun adalah satu kesilapan bagi bakal pengantin lelaki 
dan wanita untuk terlalu fokus dengan persediaan fizikal di atas.
 Terlalu banyak tenaga, wang ringgit dan masa dicurahkan untuk persediaan kenduri, 
wang hantaran dan sebagainya.

Adalah lebih wajar 80 peratus daripada tenaga dan masa 
digunakan untuk meningkatkankemahiran mengatasi konflik yang pasti menanti anda sebaik saja bergelar suami/ isteri.
 Sebaik-baiknya anda yang bakal mendirikan rumahtangga melengkapkan diri untuk menghadapi realiti alam perkahwinan jangka panjang.

LARI DARI MASALAH

Ada lelaki/ wanita memikirkan, perkahwinan menyelesaikan masalah hidup.
 Sesetengah lelaki/ wanita menyangka, 
sesudah berkahwin sudah tentu akan bahagia selamanya.

Umpamanya wanita yang terasa dikongkong oleh ibu bapa,
 mungkin menyangka dengan berkahwin, akan menjadi bebas.
 Atau ada lelaki menyangka bila sudah kahwin, makanan,
 pakaian dan kediaman akan terurus.

Mereka kurang memahami bahawa perkahwinan adalah suatu alam istimewa 
dan amat mencabar di mana kemahiran tertentu amat perlu 
untuk mengendalikan khususnya tiga perkara : 
JANGKAAN & HARAPAN,
 KOMUNIKASI 
dan 
PENYELESAIAN KONFLIK.

Inilah antara punca banyaknya berlaku perceraian tidak kira apa juga bangsa dan agama sekalipun.

JANGKAAN & HARAPAN

Sebenarnya, perkahwinan hanya akan berpotensi 
untuk berjaya jika kita benar-benar berusaha ke arah itu.
 Jika jangkaan kita tidak realistik, inilah salah satu sebab berlakunya ketegangan serius yang mengakibatkan perceraian.

Renung dan insaf diri sendiri. Setiap kita ada banyak kelemahan dan kekuatan.
 Banyak yang perlu diperbaiki. Begitu juga bakal suami/ isteri. 
Jangan harapkan pasangan yang sempurna kerana hanya Allah sahaja yang sempurna.

Walau sesuci manapun niat kita dalam mendirikan rumah tangga, 
pastinya ada kekurangan di pihak kita dan suami/ isteri kita.

Apa kata kalau calon suami/ isteri ada sesuatu tabiat yang kita tidak suka umpamanya merokok atau kaki perempuan atau kaki judi? 
Di sinilah silapnya sesetengah wanita mengandaikan:
 kerana dia cintakan aku, dia akan berubah.

Kita tidak boleh mengubah diri seseorang.
 Kalau dia berubah kerana kita sekalipun, 
kemungkinan itu hanya bersifat sementara dan selang beberapa lama,
 tabiat itu akan diulangi. 
Lainlah ceritanya jika dia berubah kerana benar-benar taubat dan insaf.

KOMUNIKASI & PENYELESAIAN KONFLIK

Dua isu ini berkait rapat jadi eloklah dikupas bersama di sini.

Tanya diri sendiri: Adakah aku ada kemahiran komunikasi yang baik? 
Umpamanya jika berselisih faham dengan kawan atau adik-beradik,
 tidak puas hati dengan rakan sepejabat, 
bagaimanakah anda menyelesaikannya?

Adakah anda pandai menyampaikan ketidakpuasan hati anda ini dengan cara yang efektif?
 Atau anda lebih suka memendam rasa?

Kalau marah, adakah kebiasaan anda untuk tunggu dan tunggu sampai tidak tahan sehingga ia meledak keluar? Adakah anda seorang pendengar yang baik?

Ini penting kerana dalam perkahwinan, 
seringkali akan timbul perselisihan pendapat.
 Jika anda tidak cekap berkomunikasi,
 lambat laun perasaan ini akan terkumpul sehingga suatu hari nanti menjadi punca pergaduhan yang besar.

Pokoknya,
 jika tahu anda kurang cekap berkomunikasi, 
adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memperbaiki keadaan ini.
 Maknanya WAJIB anda belajar mengatasi keadaan ini.

Contoh: 
Sesetengah wanita kuat merajuk, 
suka bermasam muka dan membatu apabila marah. 
Sebab sudah terbiasa dari kecil berkelakuan begini, 
tiada sesiapa yang cuba memperbetulkannya.

Apabila sudah berkahwin, marah dengan suami, 
dia akan bermasam muka dan mendiamkan diri berhari-hari. 
Suami pula menjadi serba salah, terpinga-pinga, tidak tahu apa silapnya.

Apabila sudah sering berlaku begini, 
tentunya akan mencetuskan rasa kurang senang antara kedua belah pihak.

Perlu diingat, 
sebaik-baik perkahwinan adalah di mana suami dan isteri saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Namun tanpa kemahiran komunikasi yang efektif, sukar untuk mencapai keadaan ini.

REALITI KONFLIK

Sebenarnya konflik boleh menjadi sesuatu yang positif atau negatif, 
bergantung pada reaksi anda terhadap konflik tersebut.
 Ia positif bila anda menggunakannya sebagai suatu batu loncatan
 untuk lebih memahami suami/ isteri anda.

Beberapa punca konflik rumahtangga termasuk:
Cara kita dibesarkan berbeza antara satu sama lain.
 Ada wanita dididik bahawa Rasulullah S.A.W menjahit baju sendiri,
 buat kerja rumah. 
Bermakna menyumbang bukan sahaja wang ringgit,
 tapi masa dan tenaga.
 Kahwin pula dengan lelaki yang tak pernah buat kerja-kerja ini; 
tak pernah tengok bapanya buat kerja-kerja begini.
 Perkara sebegini pun boleh menimbulkan konflik juga.
Pengendalian wang – belajar untuk bajet.

Mertua (termasuk ipar duai) – 
beri masa untuk mereka menyesuaikan diri dengan kehadiran anda.
 Untuk ibu dan bapa mertua khususnya,
 sukar untuk ‘let go’ atau melepaskan anak.
Seimbangkan keperluan anda dengan mertua dan keluarganya.
Luangkan masa untuk mengenali lebih dekat mertua dan ipar duai
 tapi jangan masuk campur perkara yang tidak membabitkan anda.
Ada sesetengah suami mewajibkan isteri untuk menziarahi keluarganya setiap minggu.
 Adakah ini wajar? 
Jika sudah tahu demikian,
 sudahkah diberitahu sebelum berkahwin?

TIPS BONUS
Banyak lagi syarat-syarat yang diperlukan
 untuk menjayakan sesebuah mahligai perkahwinan selain kasih sayang 
 sokongan, toleransi, kesabaran, kejujuran, hormat-menghormati, 
merendah diri, humour (maknanya mudah berjenaka dan jangan terlalu serius sentiasa).
Bayangkan bila sudah berkahwin. 

Bangun tidur orang pertama yang kita nampak ialah suami/ isteri.
 Jika ada masalah, dialah yang menjadi tempat kita mengadu.
 Pendek kata suami atau isteri adalah orang paling rapat dalam hidup kita.
 Itulah sebabnya seelok-eloknya kita persiapkan diri kita 
untuk menghadapi alam perkahwinan sesempurna yang boleh.

Perkahwinan ibarat menanam pokok.
 Selagi kita siram air, cukup cahaya matahari, baja, sihatlah dia.
 Jika diabaikan dan tersilap baja, pastinya layu dan suram tidak bermaya.
Berhati-hati apabila berkata-kata.
 Jadilah kawan yang paling istimewa untuk suami/ isteri anda. 
Terlalu ramai suami/ isteri yang tinggal sebumbung tetapi tidak berkongsi lebih dari itu. 
Cuba cari sekurang-kurangnya satu hobi atau projek yang boleh diusahakan bersama.
 Umpamanya kalau suka membantu anak yatim, usahakan ke arah itu
. Atau minat kelas agama, 
mungkin boleh sama-sama aturkan satu program untuk surau berdekatan.

Mudah meminta maaf jika timbul ketegangan. 
Meskipun kita rasa bukan salah kita. 
Minta maaf dulu sebab seringkali kita tak nampak apa kesilapan kita 
(kecuali keadaan tertentu yang sudah nyata seperti suami mendera isteri).
Menghargai suami/ isteri. 
Jangan ‘take for granted’ perkara-perkara yang dibuat oleh pasangan anda, 
meskipun ia kecil.
Memahami lelaki dan wanita berbeza.
 Umpamanya lelaki, cari mentega dalam peti sejuk pun tak jumpa. 
Wanita pula sering sesat di jalanraya dan sukar membaca peta.
 Ini perkara biasa dan tak perlulah diperbesarkan!

Berilah masa untuk suami/ isteri masa bersendirian.
 Ada kala dia perlu masa untuk berehat, 
memikirkan masalah di luar yang tiada kena mengena dengan kita.
Jangan tidur dengan perasaan marah antara satu sama lain. 
Perlu diselesaikan segera.

Mudah-mudahan tips di atas menjadi sumber ilham kepada anda 
untuk lebih bersedia melangkah ke alam perkahwinan 
dan memilih cara-cara terbaik demi perkahwinan yang bahagia
 dan berjaya yang diberkati oleh Allah. Wallahua’lam.

kesalahan membaca al- Fatihah

Views


PENTINGNYA BACAAN YANG BETUL DALAM AL-FATIHAH
Membaca al-fatihah adalah satu rukun dalam solat,
apabila cacat bacaanya maka rosaklah solat.
oleh itu perbaikilah bacaanya dengan ilmu tajwid,
bukan setakat bacaanya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.
Berikut diperuntukan nama syaitan laknat yang wujid di dalam al-fatihah,
sekiranya kita tidak berhati-hati.



NAMA SYAITAN
          1.DU LI LAH ( bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya DULILLAH
2.HIR ROB (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya HI ROB
3.KIYYAU (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KI YAU
4.KANNAK (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAK
5.KANNAS (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAS
6.IYA ( dibaca tanpa sabdu ) sepatutnya IYYA..IYA bermaksud matahari

Dalam ayat ke-5 ,
jika salah bacaanya akan bermaksud kepada matahari kami sembah dan kepada mataharilah kami meminta pertolongan”!!!!!!!!

7.SIROTOL LAZI…sehingga habis hendaklah di baca tanpa henti
8.AMIN…hendaklah mengaminkan al-fatihah dengan betul iaitu AA..dua harakat,
semoga AMIN kita bersamaan dengan AMIN MALAIKAT insyaALLAH.
semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaanya

Kesalahan-kesalahan lain dalam surah al-Fatihah:
a) Alehamdulillah (seolah-olah bunyi ‘le’)…sepatutnya dibaca, Alhamdulillah.
b) malikiyau-middin…sepatutnya dibaca, maalikyau-middin ( ‘maa’ = dua harakat)
c) siro-thol-lazi na a’n a’m…
sepatutnya dibaca, siro-thol-lazi-na an a’m…( perhati dlm Quran, yang pertama adalah huruf alif(ا) , yang kedua baru huruf ain (ع)..
bunyi alif berbeza dengan bunyi ain..)

Jadi marilah kita sama-sama belajar membaca Surah Al-Fatihah dengan betul kerana surah ini adalah salah satu rukun 13 dalam solat. 
Solat kita tidak akan sah dengan bacaan yang salah dan lebih buruk lagi apabila maksudnya 
menjadi lain jika salah bacaannya.

penggunaan masyAllah dan Astaghfirullah

Views


MasyaAllah – Allah Maha Agung
Astaghfirullahhal’azim – Aku memohon keampunan Allah
SubhanAllah – Maha Suci Allah
Nauzubillah – Kami memohon perlindungan Allah


jadi penggunaan “MasyaAllah” ketika berhadapan dengan situasi yang tidak elok 
adalah salah dan tidak diajarkan.
Yang patut kita lafazkan ialah “Astagfirrullahhalazim” ataupun “Innalillah” 
(Kepada Allah kita kembali) ataupun “Nauzubillah”.


Kebanyakkan yang saya perhatikan, 
menggunakan “MasyaAllah” ketika terlihat perkara-perkara maksiat 
terutamanya wanita-wanita yang tidak menutup aurat. 
Ini banyak berlaku di dalam TV. 
Sepatutnya, kita beristighfar (memohon keampunan Allah) apabila melihat perkara-perkara yang di tegah Allah.
Jika kita melalui/melihat sesuatu perkara yang menggembirakan kita ataupun perkara-perkara yang hebat lagi ajaib, maka sebutlah “SubhanAllah”. 
Jadi, jom kita sama-sama menggunakan perkataan-perkataan tersebut di tempat yang sepatutnya untuk mengelakkan kita

ayat 1000dinar

Views

Ayat seribu dinar adalah ayat suci al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq ayat 2-3 :

Firman Allah SWT yang bermaksud :


"dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah
 (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya),
 nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah),
sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, 
maka Allah cukuplah baginya 
(untuk menolong dan menyelamatkannya).
 Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. 
Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar
 untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya
 ialah mendapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka.
 Di dalam perjalanan pulang, 
kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. 
Dengan izin Allah SWT, 
hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.

Di antara kelebihan dan fadhilat ayat seribu dinar ini ialah :

* Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.

* Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.

* Di baca ketika hendak menaiki kenderaan

* Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

Al-Quran itu adalah penawar. Kajilah Mukjizat Rasulullah S.A.W ini kerana banyak lagi kelebihan-kelebihan yang masih belum di terokai.



tips memulihkan hubungan

Views
Adakah anda berada didalam situasi ini? 
Jangan risau kerana anda sebenarnya tidak sendirian. 
Setelah menjalinkan sesuatu hubungan dalam satu jangka masa yang lama,
tidak dapat dinafikan perasaan pasangan akan lebih sensitif, 
mudah untuk merajuk,
 terasa hati walaupun kesalahan yang dilakukan tidaklah terlalu besar dan sebagainya.
 Ia adalah satu perkara normal untuk hubungan yang telah terjalin sekian lama. 
Ianya tidaklah merupakan satu masalah yang besar,
 hanya anda sahaja perlu kreatif untuk menhidupkan semula perasaan kasih sayang pasangan.
 Ini adalah 3 cara mudah yang mungkin dapat membantu anda untuk memulihkan semula hubungan.

Berikan sesuatu hadiah yang unik- 
Nilai untuk sesuatu hadiah itu sebenarnya adalah tidak penting
 Apa yang lebih penting untuk pasangan anda 
adalah keikhlasan untuk memberikan hadiah itu. 
Ini merupakan cara asas untuk anda memikat semula hati pasangan anda.
 Ini tidak bermakna anda membeli hubungan anda dengan nilai materialistik,
 tetapi sebaliknya menunjukkan penghargaan terhadap kehadiran mereka di dalam kehidupan anda. Penghargaan yang ditunjukkan mungkin mampu untuk memujuk semula pasangan. 
Tetapi awas, 
pemberian yang ikhlas atau tidak mampu untuk dikesan. 
Berikan sahaja hadiah mengikut kemampuan masing-masing dan lebih penting tunjukkan keikhlasan dan kujujuran anda.

Luahkan perkataan ‘saya sayangkan awak’
Dengan hanya luahan kata-kata romantik juga mampu untuk memulihkan sesuatu hubungan itu.
 Untuk suatu hubungan yang terjalin setelah sekian lama 
tambahan pula terhadap pasangan yang sudah mempunyai anak, 
mungkin kata-kata romantik ini amat sukar untuk diluahkan. 
Luahkan semula kata-kata romantik yang pernah digunakan untuk memikat hati pasangan dahulu. 
Imbau kembali kenangan indah yang telah dilalui bersama.
 Ini adalah kerana kata-kata adalah senjata utama untuk menembusi hati seseorang.
 Kerana dengan kata-kata sahaja mampu untuk menghancurkan atau membahagiakan hati pasangan.
 Mungkin dengan luahan kata-kata romantik serba sedikit dapat membantu anda untuk memulihkan semula hubungan.

Keluar bersama semula
 Untuk pasangan yang telah berkahwin, 
mungkin perkara ini agak sukar dilakukan 
kerana komitmen masing-masing terhadap pekerjaan dan anak-anak. 
Tetapi ia seharusnya tidak menjadi alasan yang menjadi penghalang untuk anda meluangkan masa bersama. Sekiranya anda bijak untuk menyusun masa yang ada, 
pasti faktor ini tidak memberikan masalah yang besar kepada anda. 
Ini adalah amat penting untuk memulihkan hubungan, 
jauhkan diri sebentar dari persekitaran yang mampu untuk mengingatkan anda mengenai masalah yang sedang dihadapi.
 Cuba pergi ke tempat yang mampu untuk memberikan ketenangan kepada anda.
 Pertimbangan ketika fikiran tenang adalah lebih baik berbanding pemikiran yang sedang dipengaruhi oleh emosi.


jodoh : usah mencari yang terlalu sempurna

Views

Jika kamu memancing ikan......
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu... 
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. 
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu 
& mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. 


Begitulah juga...
setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... 
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya... 
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, 
& mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu... 



Jika kamu menadah air biarlah berpada, 
jangan terlalu mengharap pada takungannya
& janganlah menganggap ia begitu teguh...
cukuplah sekadar keperluanmu... 
Apabila sekali ia retak...
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula... 
Akhirnya ia dibuang... 
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, 
mungkin ia masih dapat digunakan lagi... 



Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, 
TERIMALAH seadanya... 
Janganlah kamu terlalu mengaguminya 
& janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... 
Anggaplah dia manusia biasa. 
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, 
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... 
Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. 
Sedangkan,
jika kamu MEMAAFKANNYA
boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.... 


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, 
yang kamu pasti baik untuk dirimu... 
Mengenyangkan - 
Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? 
Terlalu ingin mengejar kelazatan... 
KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... 
Lalu kamu akan menyesal. 


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, 
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. 
MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... 
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? 
Terlalu mengejar kesempurnaan... 
KELAK.. 
Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... 
Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!


22soalan vs 1 soalan(kristian vs islam)

Views


Kisah yg dipaparkan ini adalah satu kisah benar.
 Seorang pemuda arab dengan seorang pemuda kristian.kejadian berlaku di Amerika dan pemuda arab ini masih belajar di Universiti di sana.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan
 di sebuah perkampungan di Amerika dan melalui sebuah gereja. 
Pemuda kristian telah mengajak pemuda arab masuk ke dalam gereja walaupun agak keberatan tetapi ia masuk jugak
 dan duduk disalah sebuah kerusi di dalamnya.

Ketika paderi masuk, 
mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk.
 Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, 
‘Di tengah kita ada seorang Muslim. 
Aku harap dia keluar dari sini.’ 
Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya.
 Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, 
namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya.
 Hingga akhirnya paderi itu berkata, 
‘Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.’ 
Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada paderi, 
‘Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?’
Paderi itu menjawab, 
‘Dari tanda yang terdapat di wajahmu.’

Kemudian dia beranjak hendak keluar.
 Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya.
 Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, 
‘Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan 
dan anda harus menjawabnya dengan tepat.
 ‘ Si pemuda tersenyum dan berkata, 
‘Silakan!’

Sang paderi pun mulai bertanya,
 ‘Sebutkan satu yang tiada duanya, 
dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, 
empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya,
 enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada sembilannya, 
sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, 
sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya,
 tiga belas yang tiada empat belasnya.’

‘Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! 
Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? 
Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? 
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
 Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!’

‘Siapakah yang tercipta dari api, 
siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?
 Siapakah yang tercipta dari batu, 
siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?’

‘Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! 
Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, 
setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?
’ Mendengar pertanyaan tersebut, 
pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca ‘Bismillah…’ 
Pemuda arab itu berkata,

- Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

- Dua yang tiada tiganya
 ialah Malam dan Siang.
 Allah s.w.t. berfirman,
 ‘Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).’
(Al-Isra’: 12).

- Tiga yang tiada empatnya 
adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, 
membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

- Empat yang tiada limanya 
adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.

- Lima yang tiada enamnya 
ialah Solat lima waktu.

- Enam yang tiada tujuhnya
 ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

- Tujuh yang tiada lapannya 
ialah Langit yang tujuh lapis.
 Allah s.w.t. berfirman,
 ‘Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis.
 Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.’
(Al-Mulk: 3).

- Lapan yang tiada sembilannya 
ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman,
 ‘Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.’
(Al-Haqah: 17).

- Sembilan yang tiada sepuluhnya 
adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat,
 tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

- Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh
 ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman,
 ‘Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.’
(Al-An’am: 160).

- Sebelas yang tiada dua belasnya
 ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf

- Dua belas yang tiada tiga belasnya
 ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah,
 ‘Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman,
 ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’
 Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.’
(Al-Baqarah: 60).

- Tiga belas yang tiada empat belasnya
 ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

- Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh
 adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, 
‘Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.’
(At-Takwir: 18).

- Kuburan yang membawa isinya 
adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

- Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, 
yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, 
‘Wahai ayah kami,
 sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, 
lalu dia dimakan serigala.’
 Setelah kedustaan terungkap, 
Yusuf berkata kepada mereka, ‘Tak ada cercaan
terhadap kamu semua.’ Dan ayah mereka Ya’qub berkata, 
‘Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. 
Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’ (Yusuf:98)

- Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak 
Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, 
‘Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.’
(Luqman: 19).

- Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, 
Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

- Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, 
yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.. Allah s.w.t. berfirman, 
‘Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim..’
(Al-Anbiya’:69).

- Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, 
yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

- Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, 
sebagaimana firman Allah s.w.t. 
‘Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.’ (Yusuf: 28).

- Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, 
setiap daun mempunyai 5 buah,
 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: 
Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, 
Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, 
Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. 
Kemudian dia pun mula hendak pergi. 
Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, 
‘Apakah kunci syurga itu?’

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu,
 hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah.
 Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. 
Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut,
 namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, 
‘Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, 
sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!’

Paderi tersebut berkata,
 ‘Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.’

Mereka menjawab, 
‘Kami akan jamin keselamatan anda. ‘

Paderi pun berkata, 
‘Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. ‘

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. 
Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.