Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya: Berwasiatlah kepada ku.
Sabda Rasulullah SAW:
Jangan kamu marah.
Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali.
Sabda Rasulullah SAW:
Jangan kamu marah..
Hasan al-Basri pernah berkata:
Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka: (iaitu)
Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan,
syahwat dan kemarahan.
Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan.
Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah
dan anggota badannya seperti warna mukanya bertukar merah,
urat-urat lehernya menegang, tubuh badan seakan-akan menggigil kerana geram,
suara menjadi nyaring manakala
lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk sama ada mengutuk atau mengeji.
Ada kemungkinan patah-patah perkataan itu berupa penghinaan
atau yang seumpama dengannya yang haram diucapkan
termasuklah menuduh orang lain sebagai kafir dan lai-lain.
Selain itu, seseorang itu juga akan melakukan perbuatan
yang di luar kawalannya sendiri seperti memukul,
menumbuk, menampar dan sebagainya.
Semua ini berkemungkinan akan mendorong kepada perbuatan
yang menyakitkan orang lain yang akhirnya mewujudkan permusuhan
dan kebencian di antara satu sama lain.
Justeru walaupun sifat marah adalah sifat semula jadi manusia
namun sebagai seorang Muslim kita hendaklah berusaha
untuk menjauhkan diri daripada segala sebab yang menyebabkan kemarahan.
-Riwayat: Al-Bukhari






















No comments:
Post a Comment