exam "kemahiran animasi dalam sastera"

Views
hai...selamat pagi..
urmm..dah tgahari kot...
balik exam arini senyum jer..senyap jer..
tapi tu la tandanya hati gumbira...

nak tau kenape??
iye-iye je tnye..
msti la da tegok tajuk utama psal exam..

(exam animasi..)
semangat animasi jer 2..baca pon celup-celup basah je..hihihi

first..
syukur sangat kepada Allah S.W.T 
sebab bagi petunjuk n semangat dalam nak jawab exam 2
alhamdulilah..boleh la jawab sepenuhnya
tapi markah 2 bergantung kat pensyrah la kan
moga2 hati dr.Halim dilembutkan time nak tanda kertas 2

urmm..
nak kta stdy tak la stdy sangat
tengok-tengok camtu jer.
tp yahuuuuu!!!!
sukanye bile tegok soklan...tak seperti yang digambarkan
thknz dr.Halim..
n yang paling penting dapat doa dari my cyg..
dan semangat yang die beri bt saya makin berkobar-kobar nak jawab exam..
ye la...nak kawen kne la pandai jawab exam..
dan tak lupa kat my mom..
yang banyak berdoa untuk anak die ni
thnks ma..


nak kata stdy hard-hard tak de la
stdy smart-smart je..hihihi
jeling-jeling pe yang ptot
tulis pe yang ptot
dan hafal pe yang ptot..

xcayer ke??
tau la saya ni bukanye spesis yang rajin..
tapi kadang-kadang ade kerajinan 2
tak tunjuk je..
tak caye???meh cni nk tunjuk cikit
pe yang saya rajin..


ni la adalah sebahgian daripada nota yang saya buat
tapi xblh nk hafal sepenuhnya
payah sangat nak ingat2 nama tokoh
nama ape ntah..
last skli ade la usaha yang tersendiri..
nk tau ape???
rtahsia la..mne blh bgtau..
akhirnya boleh la jwb jugak..

tapi bila orang orang 2 tanya
"senang ker soklan"
saya jawab " senang je..semua de dalam nota die"
orang tue kata " senang???payoh la"
payah 2 sebab tak baca..hahaha
ni la antara soklan-soklan yang berjaya dijawab dengan tenang lagi tawadduk


ni la antara soklan yang masuk
prinsip-prinsip animasi dalam menjadikan animasi berkualiti
jawab soklan ni pon tersenyum sorang-sorang
bukanye ape..
jzt hafal point utama jer
isi lintang pukang
xde wawasan la jwab soklan..
hihihi..tapi pape pon saya bangga sebab berjaya jawab sokaln
dapat tebus kekecewaan jawab exam fonologi aritu..

dan..
harap-harap Allah S.W.T melembutkan hati dr Halim
supaya saya dapat A..tak nak A- 
tamaknya..
bese la..nak dapat keputusan yang baik..
nak gunbirakan my mom n arwah abah..

ok..
setererusnya berjuang untuk exam modal insan dan morfologi pulak
arap-arap akan jadi macam animasi
k..cayaok-cayok..yakin boleh

 :berjuanguntukexamyangseterusnya:



panduan menyusun sijil untuk temuduga

Views

assalamualaikum..n selamat petang..
kali ni nk share benda yang bersifat akademik cikit
persediaan nak hadir temuduga
tp just persediaan menyusun sijil-sijil temuduga je la
jom tegok ape yang penting dan perlu disediakan 

PERSEDIAAN DOKUMEN


1. Dokumen ASAL


Dokumen asal yang perlu dibawa ke pusat temuduga ialah:

� Kad Pengenalan
� Sijil Kelahiran
� Sijil Kewarganegaraan (jika berkaitan)
� Ijazah sarjana muda asal (jika ada)
� Transkrip sarjana muda asal.
� Diploma asal (jika ada)
� Transkrip diploma asal (jika ada)
� Sijil STPM asal (jika ada)
� Sijil SPM asal
� Sijil Berhenti Sekolah
� Sijil/Surat Keterangan Koko (mulai Universiti hingga ke Sekolah )
� Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

(Sijik akademik dan koko semasa sekolah rendah, tingkatan 1 hingga PMR tak payah bawa. Penemuduga hanya akan menilai sijil selepas tingkatan 3)

Sijil koko merupakan sijil-sijil sokongan dan bukan sebagai sijil utama akademik.
 Jadi semasa menyusun, nak diletak dari tktn 4 hingga universiti pun boleh, 
nak diletak dari universiti hingga ke bawah pun boleh. 
Biasanya semasa menyemak aktiviti koko, 
penemuduga akan menyemak sijil berhenti sekolah terlebih dahulu sebab di dalam sijil berhenti sekolah tercatat banyak maklumat - sukan, persatuan dan unit beruniform. 
Tak ramai calon KPLI yang ada aktiviti semasa di U.
 Jika anda mempunyai banyak aktiviti di U, 
lebih baik sijil-sijil sokongan ini diletak terlebih dahulu. 
Sebab aktiviti semasa di U skornya lebih tinggi. 
Dan ini sekali gus menonjolkan diri kita aktif dalam koko dan inilah antara watak guru yang dicari.

Sebaik-baiknya semua dokumen di atas dimasukkan ke dalam "CLEAR FOLDER"
 dan disusun mengikut senarai di atas. 
Pastikan semuanya sudah tersusun bila sampai ke pusat temuduga. 
Jangan bila dah sampai ke pusat temuduga baru tercari-cari dan cuba menyusun. 
Kebanyakan penemuduga agak sensitif tentang susunan ini. 
Kalau calon menyusun mengikut keterangan di atas, 
sudah pasti calon dapat menambat hati penemuduga memandangkan dokumen ini perlu diserahkan kepada penemuduga SEBELUM sesi temuduga bermula. 
Mesti ingat selalu bahawa "First Impression Counts".

Dan jangan lupa, 
dokumen-dokumen lain yang tak berkaitan eloklah disimpan ke dalam beg anda.
 Folder ini biar nampak yang spesifik untuk temuduga ini.

Tapi seperti biasalah ada calon yang guna folder. 
Dalam folder macam tong sampah .. 
Bila penemuduga cuba meneliti dokumen asal, 
sibuklah calon nak tunjuk yang itu.. yang ini. 
Calon seperti ini biasanya bolehlah memohon semula tahun depan. 
Penemuduga sebenarnya menilai kualiti seseorang calon dari folder dokumen asalnya. 
Folder itu merupakan "portfolio" calon. 
Kalau nak jadi guru, jika nak simpan dokumen 20 helai pun sudah kelam kabut, macam mana nak simpan beratus ... beribu dokumen pelajar. Ingat.. ini satu penilaian diri yang penting.

Satu perkara lagi tentang dokumen asal ini ialah dokumen berkenaan MESTI dibawa ke pusat temuduga. Penemuduga biasanya tak mahu mendengar alasan sijil tertinggal di KL,
 baru sampai semalam ... 
sijil dihanyutkan banjir tahun 1991 dulu... 
sijil SPM (1993) masih di sekolah lama . . dsb.

Jika pada hari ini, 
ada dokumen asal anda yang hilang atau rosak dapatkan yang baru. 
Sijil Lahir boleh dapat baru dari Pejabat Pendaftaran. 
Jangan bawa sijil lahir yang dah berlipat-lipat dan sukar dibaca. 
Jika dokumen asal hilang pastikan ada laporan ke pihak-pihak berkenaan serta bukti surat asal. 
Kad pengenalan yang hilang boleh dibuat baru. 
Kalau gambar pada kad pengenalan semasa anda darjah enam dulu, 
pastikan pergi pejabat pendaftaran dan buat baru. 
Haa... barulah nampak calon pendidikan guru yang berpotensi dan berwatakkan guru.

2.Salinan Fotostat

Bagaimana pula dengan salinan fotostat ? . . . 
Semua salinan fotostat hendaklah difotostat dengan jelas. 
Jangan terima dari kedai fotostat jika dokumen salinan itu tidak jelas. 
Selepas difotostat, dapatkan pengesahan. 
Setiap keping salinan fotostat hendaklah DISAHKAN oleh pihak-pihak yang dibenarkan seperti penghulu, ketua kampung, ketua balai, guru besar, pengetua sekolah atau pegawai kerajaan Bahagian 1 seperti pensyarah maktab dan guru-guru berijazah. 
Jangan datang ke pusat temuduga dengan semua salinan fotostat belum disahkan. 
Salinan fotostat yang tiada pengesahan TIADA NILAINYA.

Semua dokumen dah difotostat, dah disahkan, 
kemudian MESTI disusun mengikut susunan sijil-sijil asal seperti disenaraikan di atas. 
Wahhh ada pula calon yang sehingga buat binding semua salinan fotostat. 
Tak perlu dibinding! 
Anda akan membazirkan wang sahaja jika buat binding 
sebab kebanyakan calon yang buat binding salinan sijil mereka susunannya tidak sama seperti diarahkan.
Biasanya, sampai sahaja ke pusat temuduga, 
penemuduga akan suruh tanggalkan dan susun semula. 
Jadi dalam kursus ini, saya sekalai lagi berpesan -
 Susun ikut sepertimana disenaraikan di atas. 
Kemudian "staple" di bahagian atas sebelah kiri. 
Satu staple sahaja dah mencukupi. 
Jika salinan dokumen banyak, 
guna staple besar dan mungkin kena staple dua kali dari depan dan belakang. 
Jangan guna "paper clip" sebab dokumen mudah tertanggal dan bertaburan di lantai.

3.Borang Maklumat Diri Calon ...

Apabila seseorang calon dipanggil untuk ditemuduga, 
ada dikepilkan satu borang yang dipanggil Borang Maklumat Diri Pemohon untuk Mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah. 
Maklumat yang perlu diisi dalam borang ini ialah seperti :

1. Maklumat kursus yang anda pohon - seperti nama kursus, kod dan tahun ambilan.
2. Butir diri calon - seperti gambar terkini, nama, nombor K.P., jantina, tarikh lahir dll
3. Butiran keluarga - seperti maklumat bapa / suami / isteri
4. Butiran akademik - iaitu keputusan SPM, STPM / Matrikulasi, maklumat ijazah, CGPA dan bidang.
5. Pengakuan yang calon, tarikh dan tandatangan

Borang ini hanya 1 muka surat.
 Saya ulang, 1 muka surat, tetapi apa dah jadi kepada ramai calon-calon yang datang temuduga. 
Maklumat yang sebanyak ini pun tak sanggup dilengkapkan dengan sempurna. 
Di bawah ini saya senaraikan penemuan saya selama menemuduga KPLI selama 8 tahun sejak dilaksanakan:

1. Tulisan yang sukar dibaca, comot dan penuh dengan"liquid paper"

2. Tidak melengkapkan semua butiran yang diminta. 
Bila ditanya, ohhh... baru nak cakap terlupa konon dan sebagainya... . 
Kalau penemuduga pun buat ohhh.. terlupa nak bagi markah macam mana ?

3. Gambar.. hahh ni lagi best. 
Ruang gambar tu kecil. 
Bukan saiz passport tetapi saiz gambar lesen memandu. 
Kalau gambar anda besar, potong bahagian muka sahaja dan tampalkan. 
Kedua, gambar mesti terkini. 
Ya, terkini. 
Tetapi ada calon yang tanggalkan gambar dari kad pusat sumber masa tingkatan 5 dan tampalkan. Bayangkan ada cop pusat sumber sekolah pulak tu. 
Ketiga.. kalau calon lelaki, gambar tu biarlah mencerminkan seorang calon yang berwajah guru.
 Bergambarlah dengan pakai tali leher, dan lebih baik kalau pakai blazer. 
Kat kedai gambar tu.. ada banyak blazer untuk bergaya. 
Namun,,, ramai yang tampal gambar mereka yang pakai tee shirt hard rock cafe lah, yang ada gambar kumpulan rocklah. 
Kalau gambar macam tu mintalah jadi pelayan disko. 
jangan minta jadi cikgu.

4. Tandatangan ... 
Ada calon tu dah serah borang kepada penemuduga baru sedar belum ditandatangan.

4. Kesimpulan ...

Cuba anda renong sejenak. 
Katakanlah minggu depan anda akan menghadiri temuduga.
 Bagaimana agaknya persediaan dokumen-dokumen anda ? 
Saya berharap, calon-calon yang sudah mengikuti kursus bimbingan ini akan mengalahkan semua calon lain dari segi "kualiti diri calon" berasaskan kepada persediaan dokumen dan borang-borang.

Sijil kepujian dekan diletakkan slps transkrip

Boleh letakkan resume (susunan yg terakhir sekali)


kredit to : mohd fadzil and blog

kalaulah exam ni x wujud

Views
exam???
warghhhh...dengar pon dah tencion tahap dewa.
xblh ke lau xde perkataan exam ni??
ujian??
sma je la 2..
npe erkk nk ade ujian2 ni..
msuk u pon de exam lg..
ingt ker lau dah msuk ni xpyah nk exam2..
rupa2nya lg truk...

urmm..
sem ni 4 subjek je yang de exam
first paper fonologi dan fonetik bahasa melayu

disebalik cerita exam fonologi dan fonetik : 

paper ni bru je lpas..
tp kan..
hehehe
nak tergelak sorang2 je bile ingt balik
hafal punyer hafal lukis punyer lukis
rupa2nye bnda yang sya bca smuanya xmsuk
dumm!!!!!!
frustnye..
last2 skli jwab je soklan yang paling senang..
senang ker????
ahhh...lantak la..aslkan bertulis gak buku jawapan 2..

so
lpas ni arap2 de lg semangat nk jwab soklan exam
ade 3 paper lagi
tp rasa mcm lme jer nk abis smua ni
ati dan perasaan dah ade kt kampung tercinta

6hb ni paper animsi dalam kesusasteraan melayu
bunyi mcm senang je kan??
tp bila tgok balik nota2 yang nk baca..
ZZZzzzzz
bka dua mnit dah tidur..
bahgia rsanya dnia..
tp bile dah nk exam mula la kelam kabut
macam kucing hilang anak
tp exam subjek ni xla stress sgt
sbb dah dpt carymark yang ckup2 mkn..

tuk smua rkan-rkan selamat berjuang
bt yang terbaik
tiru ckit2 xpe..
jgan tiru banyak yewp.

good luck semua
semoga dpt result dekan-dekan




tahun baru

Views
wahhhh..sedar x sedar dah msuk tahun baru..
dah msuk tahun 2012
tp rsanye bru jer msuk tahun 2011

urmm
pape pon yang dah berlalu kite renung2kan
apa2 kesilapan yang dah di lakukan boleh lah diperbaiki
dan
apa yang menjadi kegembiraan dalam hidup
jadikan lah ia senuah kenangan yang abadi

bercakap tentang soal tahun baru ni..
macam xde feel la plak
maklumlah cibuk gan exam
orang lain bersuka ria sambut tahun baru
tp sya jzt bertemankan buku-buku fonologi

azam tahun baru???
-stdy sunguh2
- jadi ank yang lebih baik
-nak kawen
-nk berjya dalam kerjaya
- nak berjaya dunia akhirat

mcm2 azam yang ade
tp.....
saya xpnah ade azam2 tiap2 tahun

bagi saya
azam 2 xperlu lah kne ade tiap2 taun..
tp tiap2 ari..
bnda 2 yang mmbuatkan kte bersemangat

tp bila tgok azam yang orang lain senaraikan..
tergelak sorang2 je aku bca
yang 2 x perlu lah nk heboh satu dunia kn
yang penting kite sematkan dlam diri kita
nk capai benda 2..
bukanye nk menujuk2..

sambil-sambil stdy 2
jenguk2 jgak la kt luar tingkap 2
nk tgok bnga api la ktakan
tgu pnya tggu
xdpt tgok
dpt dengar bunyi je..
pompompom..
tp 2 pon dah ckup..hihihi



cantik kan bunga api ni..
tp ni jzt dlm google je..jgan bermimpi nk tgok bnga api
tp kan...yang menjadi realiti sekarang
sya xpnah pon smbut tahun baru ni
sekadar tgok dlm tv jer

tp ok la 2 kn
sekurang2nya xla berkecimpung gan xtiviti yang x bpe berfaedah
dduk umah jer..nmpak baek ckit

urmm..
ok la
sempena tahun baru ni..
saya nk ucpkan selamat tahun baru kt semua2
smoga hidup kite ni lbh d berkati oleh Allah S.W.T
buang yang keruh n amik yang jernih

semua kesilapan yang pernah di lakukan tu  jangan lah d ulangi
sebaik2nya jadikan sbgai teladan
sbgai ptujuk kte mnuju ke jln yang d redhai

~selamat tahun baru~