taat kepada kedua ibubapa

Views

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: 
“Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, 
dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”

Riwayat al-Hakim

Huraian:

Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua
 iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup 
dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.

Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak
 hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka
 kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak.
 Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa
 ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, 
berbelanja untuk keperluan ibu bapa
 dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.

Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia 
adalah menjadi tanggungjawab anak-anak
 untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka,
 menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, 
menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, 
mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, 
membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.

Sesungguhnya bagi setiap anak,
 meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati 
dan menghormati kedua-dua ibu bapa.
 Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa
 dianggap sebagai anak yang derhaka 
sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.

Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, 
amalan dan ibadah mereka tidak diterima 
dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan 
perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia.
 Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.

No comments:

Post a Comment