melihat ALLAH

Views


Dari Abu Dzar r.a katanya:
 “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w:
 “Adakah anda melihat Allah?”
Jawab baginda: “Dia Maha Cahaya, bagaimana aku dapat melihatnya?”

(Muslim)

Huraian:

Terkadang manusia merasa bahawa matanya dapat melihat segala-galanya 
dan lupa bahawa mata itu terbatas 
dan amat peka untuk mengalami kerosakan.
Seperti Bani Israil yang pernah meminta syarat untuk beriman kepada Allah dan rasul-Nya.

“Dan ingatlah , ketika kamu berkata :
 “Hai Musa, kami tidak akan beriman kepada mu sebelum kami melihat Allah dengan terang ,
 kerana itu kamu disambar halilintar, 
sedang kamu menyaksikannya (al-Baqarah : 55)
Nabi Musa pula pernah meminta kepada Allah.
 “Berkatalah Musa : Wahai Tuhanku,
 perlihatkanlah kepadaku (Zat-Mu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatmu”
 Allah berfirman :” 
Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihat Ku,
 tetapi pandanglah ke gunung itu,
 maka jika ia tetap berada pada tempatnya 
(seperti sediakala) nescaya engkau akan dapat melihat Ku .”
 Tatkala Allah (menzahirkan kebesaran-Nya) 
kepada gunung itu, (maka),
 “Tajalli-Nya” menjadikan gunung itu hancur lebur dan Musa pun jatuh pengsan.
 Maka setelah Musa sadar kembali, dia berkata 
” Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku) 
aku bertaubat kepada-Mu 
dan akulah orang yang pertama beriman pada zamanku.”
 (al- A’raaf :143) 
Semoga kita dapat menggunakan mata kita ini
 untuk mengakui Kebesaran dan Kekuasaan Pencipta.

No comments:

Post a Comment