malam lailatul-Qadar

Views


Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, 
kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati
 serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa 
oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar 
adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. 
Allah S.W.T. 
berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.


Maksudnya:


“Malam Lailatul – Qadar lebih baik daripada seribu malam.”


Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadar
dengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik
 daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar
 seperti sabda Nabi S.A.W.:


Maksudnya:


“Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar
 kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan
 akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu.”


Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah R.A
 bahawa Rasulullah S.A.W apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, 
Baginda menghidupkan malam-malamnya 
dengan membangunkan isi rumah 
dan menjauhi daripada isteri-isterinya. 
Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:


Maksudnya:


“Rasulullah S.A.W berusaha sedaya upaya
 dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan
 melebihi usahanya daripada malam-malam lain.”


Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir
 daripada malam ganjil bulan Ramadhan. 
Rasulullah S.A.W bersabda:


Maksudnya:


“Carilah malam Lailatul-Qadar pada
 sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil.”


Pendapat yang terkuat mengikut para ulama’ 
bahawa malam Lailatul Qadar terkena
 pada malam 27 Ramadhan. 
Menurut Abu Ka’ab katanya,


“Demi Allah sesungguhnya ibn Mas’ud 
telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar
 jatuh dalam bulan Ramadhan
 manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, 
akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat)
 kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya.”


Daripada Riwayat Mu’awiyah:


Maksudnya:


“Bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda
 dalam malam lailatul-qadar iaitu malam ke 27.”


Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas 
yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. 
Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) 
yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.


Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith 
daripada Ibn Umar R.A yang berbunyi:


Maksudnya:


Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar,
 dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, 
carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. ”


Aisyah R.A bertanya kepada Rasulullah, katanya:


“Ya Rasulullah S.A.W andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, 
apakah doa yang patut aku bacakan? 

Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa:


Maksudnya:


“Ya Allah! 
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun,
 oleh itu berilah keampunan-Mu untukku.”


 Petikan dari : FIQH & Perundangan Islam Jilid II : Wahbah al-Zuhaili 
 : Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.


No comments:

Post a Comment