adakah aku suami romantis

Views

“Romantis…
 isy aku tak main lah romantis romantis ni. 
Yang penting aku beri cukup makan minum padanya setiap hari. 
Lagipun aku ni dah tua.”



“Romantis…. 
Come on man!!! 
Kita ni kan pejuang Islam. 
Orang kafir je yang promote romantis romantis ni. 
Pejuang Islam kena hidup dengan serious…
 kita nak tawan dunia tau?”


Realiti yang berlaku masa kini,
ramai pasangan (secara umumnya)
sudah agak bosan hidup sebumbung dengan pasangan masing-masing.
 Nampak gaya rakan sekerja yang berlainan jantina di pejabat lebih “interesting” dan “caring”.

Cuba jawab soalan di bawah ini.
Jika jawapannya YA …

Insya Allah anda makin dekat dengan istilah pasangan yang romantis.

1. Bila berjauhan… 
sering menelefon antara satu sama lain?


2. Kalau makan… 
teringat pasangan masing-masing?


3. Sentiasa peka
 dengan permasalahan pasangan masing-masing?


4. Jika bermasam muka – 
sentiasa mendoakan agar pasangan diampunkan Allah 
dan jangan lupa untuk mengampunkan pasangan masing-masing?


Of course masa ‘kabel’ tengah rosak susah sikit nak berkomunikasi.
 Tetapi kebiasaannya apabila baik kembali – kasih sayang akan bertambah.



Kaji punya kaji…
rupanya ia adalah sifat naluri manusia…
suka di belai dan suka membelai.
Ia adalah fitrah.
 Tetapi dalam dunia yang serba moden ini,
 manusia makin lama makin jauh dari kehidupan yang selari dengan fitrah.
Cuba kita kaji kehidupan manusia unggul di dunia ini.
 Kehidupan Rasulullah S.A.W. Adakah beliau seorang yang romantis bila berinteraksi dengan isterinya?


Aisyah dipanggil dengan nama “Humaira”.
Apabila Rasulullah minum air dalam cawan yang dikongsi bersama dengan isterinya,
 beliau akan minum tempat mana Aisyah minum.


Beliau amat pelembut dengan isteri-isterinya
 dan sering membantu kerja-kerja isterinya di rumah.


Kita sering dengar Hassan Al-Banna sebagai seorang pendakwah hebat.
 Buku Cinta di Rumah Hassan Al-Banna sepatutnya di baca
oleh setiap bapa yang hendak menggelarkan dirinya pejuang Islam.
 Begitu romantis sekali kehidupan mereka suami isteri.
Pernah suatu ketika rakan-rakannya datang ke rumah pada waktu malam.
 Isterinya sedang tidur.
Beliau menyediakan makan minum
untuk rakan-rakannya
kerana tidak mahu menyusahkan isterinya yang sedang tidur lena.


Pada hemat saya yang dhaif ini,
jika kita pasangkan niat benar-benar berkahwin
kerana hendak menyambung kerja-kerja dakwah
yang sudah kita mulai semasa muda
dan kita bernekad memastikan isteri kita itu berada dalam soff dakwah,
 InsyaAllah kita akan mampu
untuk menjadikan medan di rumah itu sebagai medan amal dan dakwah.


Dengan izin Allah,
 isteri akan dijadikan sebagai rakan kongsi dalam menyelesaikan permasalahan dakwah kita.
 Dia akan menjadi sumber rujukan apabila kita kebuntuan
dalam menjalan kerja-kerja dakwah kita.
 Akhirnya kerja-kerja dakwah kita akan menjadi ringan.
 Dan natijahnya kasih sayang yang berputik
masa mula-mula mendirikan rumah tangga
akan terus mekar sehingga akhir hayat kita.


Tetapi jika rumah tangga porak peranda,
hubungan menjadi hambar,
perjuangan isteri hanya tinggal di dapor sahaja
 bagi menyediakan makan minum kita dan anak beranak,
 perbincangan di rumah tidak lebih dari perkara-perkara duniawi sahaja.
Kerja-kerja dakwah kita akan mudah terbantut
dan silap silap gaya terkubur dengan masalah di rumah.
 :In-Love:


No comments:

Post a Comment