
15mei...
satu tarikh yang sangat penting buat pendidik
iaitu hari guru..
baru je lepas hari ibu..
sekarang datang pulak hari guru
meriah kan..
ibaratnya semua dapat penghargaan masing-masing
buruh pon ade harinye,,,nurse pon ade hari penghargaanya
bercakap pasal hari guru ni,
terharu pon ade jugak
walaupon belom bergelar guru,
tapi dah dapat ucapan daripada kawan-kawan
istimewa sekali daripada orang yang tersayang
pape pon,,pengorbanan seorang guru memang tiada bandingnya
ilmu yang dicurahkan memang tak dapat dibalas
hanya ALLAh saja yang dapat membalas
saya nak mengucapkan terima kasih banyak-banyak kat
semua cikgu-cikgu yang telah mendidik saya
dari kecik sampai besar
dari tadika cumi ciki, kuantan
sekolah rendah pengkalan tentera, kuantan
sekolah menengah kebangsaan seri mahkota, kuantan
sekolah kebangsaan long yunus, bachok
institut pendidikan kota bharu
semua cikgu-cikgu yang pernah mendidik saya terima kasih
diucapkan sebab dah mendidik saya
sampai berjaya ke menara gading
dan yang penting
dapat ikut jejak langkah
JADI CIKGU!!!!!!!!!!!!!
okey..
last sekali nak share sebuah puisi
puisi hasil karya pensyarah saya
dr halim ali..
DEDIKASI BUAT SEMUA ANAK MURID YANG MENERIMA AJARAN DAN DIDIKAN GURU
SIMPANLAH DI INGATANMU
Kenalkah kau
suara air menitis pada keras batu
mengukir wajah tekun
pada alur dan kerikil tajam
sepi di gua menafsir lembut zikir syahdunya
melarik runcing stalaktit
melentur cerancangan stalagmit
gua hidup menghampar dalam gelapmu
ketabahan dan ketekunan jitu
manusia bergelar guru.
Masih ingatkan kau pada gelita malam
tatkala manusia nanar dalam pencarian
mencari jejak yang retak
meneka takdir mimpi
dengan lembut dia berdiri menabur bakti
memberimu cahaya dari sinar tuhannya
biarpun sedikit demi sedikit
titis demi titis luruh
terbakar dan kehilangan diri,
kehilangannya tak pernah berganti.
Lupakah kau pada pengukir itu
tekun dia mengukir mimpi
melarik cinta hari dewasa
berapa banyak debu pahit
berjelaga dalam hati
berkumpul di pangkal jantung, hingga
arca hidupnya retak seribu
mimpimu juga ditenung diukir
menjadi gambar abadi.
Dialah
lembut suara air di tengah gua batu
guru yang faham erti kepayahan
menyulam perkerti dalam manis budi.
Dialah
dian kerdil memberi suluh pencarian
pendidik yang menerima kepayahan
demi kesenangan anak didik di hari muka.
Dialah
penekun tabah mengukir waktu
pengajar bermandi keringat
dalam debu dan batu-batu.
Dialah
Manusia kecil yang sering memberi
apa yang kita tidak tahu
menafsir rahsia ilmu
yang tertulis dengan bahasa kalbu.
Simpanlah di ingatanmu
diksi kata pujangga;
Guru laksana ombak
tak jemu-jemu mendambai pantai
Guru seumpama dian
membakar diri menerangi cahaya
Guru ibarat pengukir
menitip jejak perjalanan hari muka
Guru bagaikan suara air di gua
tekun titis lembut membelah batu.
A.HALIM ALI
UPSI, Tanjung, Malim.
15 MEI 2012
SELAMAT HARI GURU























No comments:
Post a Comment