bila gambar profil pesbuk warna koko

Views

bila kita buka fesbuk,
mesti ade ternampak orang yang bt DP gambar yang warna koko ni kan???
mesti ramai yang tertanya-tanya..
apa maksud gambar 2??knpa orang latak gmbar 2 kan??





"tinggalkan gambar2 Dp yang berwarna coklat .
 ini menunjukkan sesiapa yang menggunakan gambar2 ni dalam profilenya 
menunjukkan dia adalah tawanan zionis israel,
 kain penutup dimata memberi maksud kita tidak melihat apa2 kekejaman zionis israel terhadap umat islam. tag perkataan yg tertulis adalah tulisan yahudi. 
maka, tukar secepat mungkin gambar2 ini. 
harap maklum. waallahualam."

Jawapan:

Hanya mreka yang berfikiran sempit saja akan berfikir cara begitu.

Apa kaitan menggunakan DP dengan menunjukkan kita tawanan Israel? 
DP itu menunjukkan pakaian/warna adalah simbolik pada pemakaian mreka(tahanan)
 dan kain menutup mata itu adalah apa yg mreka jalani di sana.
 Jadi di sini tidak timbul samaada kita memejamkan mata ataupun celik menentang zionis. 

Soal tulisan itu pula, tiada salahnya digunakan, 
berikan dalil yang melarang daripada gunakan bahasa mereka.
 Ada? Tiadakan? Selagi perkataan itu bukan menghina Islam, boleh saja kita gunakan.
 Sebenarnya perkataan tulisan Yahudi dalam bahasa Hebrew tu tak jadi masalah sebab ade je al-quran terjemahan dalam bahasa Hebrew untuk orang yahudi yg beragama Islam. 
Hebrew tu bahasa, bukan agama. Kalau begitu, tak boleh la guna bahasa Inggeris, sebab orang Kristian cakap bahasa Inggeris. 
Ia sekadar simbol kerana banduan disana memakai pakaian seperti itu.
 Penjara Israel menggunakan bahasa Hebrew takkan guna bahasa Jepun pula!

Contoh lain yang ambe boleh berikan, FB adalah ciptaan Yahudi, 
jika kita gunakan, adakah kita sebahagian daripada mereka? 

Jadi perkara yang terbaik adalah Husnuzon (bersangka baik)
 minta semua tidak perlu sempitkan pemikiran.
 Itu saja ambe nasihatkan. Jangan perlekeh usaha kecil ini dengan kenyataan mengarut ini.

credit to : kami peminat ustaz azhar idrus (pesbuk)

No comments:

Post a Comment