assalamualaikum..
slmat tghari smua..
kali ni saya nk share tntng tanda2 awal penyakit buah pinggang..
urmm..penyakit ni sebenarnya tak blh d pandang remeh
kita kene lah amik berat
walaupon pda permulaannya..
lme2 akn menjadi semakin serius..
ok..jom kite tgok ape tanda-tanda awal penyakit buah pinggang..
pertama :
Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing.
Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing
samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan.
Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.
kedua :
Anda mengalami keletihan sepanjang masa.
Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi
untuk tubuh menghasilkan sel darah merah.
Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia
dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau
ketiga :
Anda mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan.
Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk
mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda.
Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.
keempat :
Anda mengalami ruam dan kegatalan.
Kegagalan buah pinggang
untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.
kelima :
Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda.
Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang.
Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.
keenam :
Anda mengalami loya dan muntah-muntah.
Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.
ketujuh :
Anda berasa sejuk sepanjang masa.
Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa
kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.
kelapan :
Anda merasa kesukaran untuk bernafas.
Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan
oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.
kesembilan :
Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah.
Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda.
Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan
ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.
dan yang last sekali :
Anda kerap berasa pening kepala.
Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.





















No comments:
Post a Comment