Bulu kening
Menurut Bukhari,
Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur
atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening
Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
Kaki (tumit kaki)
semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya)
agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan
Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/
melenggokkan badan mengikut hentakan kaki
terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…
sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian
kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya,
maka wanita itu telah dianggap melakukan zina
dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang
Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung
hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka
Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi
atau meminta supaya dikikirkan giginya
Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani,
Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik,
yang merubah ciptaan Allah
Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu
dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu
seperti orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan :
Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung
yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
Muka dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis.
Sabda Rasullulah:
Wahai Asma!
Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya
menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja
Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik
daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya
Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya
Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW,
Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya.
Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram
Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak
dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya,
tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW,
Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain,
iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik)
dan penyanyi perempuan,
maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi
Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin,
hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka
dan menjaga kehormatan mereka
Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu,
puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya
dan mentaati suaminya,
maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya
Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya,
melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah
Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan
terutama yang menjolok mata ,
maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti
Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D ,
An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud
: Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,
anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,
hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar)
yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali .
Lantaran itu mereka tidak diganggu.
Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan
yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat
dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat.
Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya
– Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk
dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
Rambut
Wahai anakku Fatimah!
Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya
hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah
mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya
daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya
Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.






















No comments:
Post a Comment