jom knli sikap melalui huruf pertama nma kite..
tp xblh pcya sgt tau
jzt prmainan..
lau yg de kbtlan 2, ade la
jom kte tgokk..
A
Ramah dan murah senyuman.
Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.
Kelemahannya,
sangat mudah berasa hati,
dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah.
Meskipun begitu marahnya mudah reda.
B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit
dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.
Mereka juga sangat setia danpenyabar,
yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan.
Kelemahannya,
sangat mudah tersinggung
C
Ramah dan pandai berbicara.
Ini yang menjadikannya popular di kalanganrakan-rakan.
Mereka tidak bersungguh dalam bertindak
dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh
D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu.
Sopan, berdisiplin dan kuatbekerja.
Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapaicita-cita.
Kelemahannya
adalah selalu bimbang dan
sukar mempercayai orang lain
E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab
Sikapnya periang bila hatinya senang,
tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah
dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.
Mereka juga sukar memaafkan.
Tidak setia
dan amat berhati-hati bila berbelanja
G
Kerap murung dan bersedih hati.
Pendiriannya mudah dipengaruhi.
Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan
dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
H
Mudah simpati,
bahasanya lemah-lembut.
Tidak pernah melukai perasaanorang lain.
Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan,
suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
I
Suka memendam perasaan dan permasalahan
. Mereka juga mudah merasa curiga
dan cemburu terhadap orang lain.
Suka menangis.
J
Ramah dan murah senyuman.
Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan.
Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
K
Pandai berjenaka.
Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah.
Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan.
Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain.
Amat berhati-hati bila berbelanja.
Kelemahannya,
tidak menepati masa.
M
Pandai dan kreatif,
suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak.
Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira
.Kelemahannya,
boros dan keras kepala.
N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian.
Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan.
Kelemahannya,
mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.
O
Serba boleh.
Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain.
Akibatnya ramai yang menggapnya sombong
dan suka memilih teman.
P
Pandai berjenaka dan selalu ceria.
Punya banyak idea dan sangat kretif.
Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.
Agakpendendam dan boros.
Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain.
Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan.
Keras kepala,
sukar diatur
dan mudah emosi.
R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu.
Tekun dengan kerja yang disukai
dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita.
Suka mengkritik..
Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
S
Pandai
dan tekun dalam mengejar cita-cita.
Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.
Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi.
Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
T
Sangat berdisiplin.
Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku.
Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan.
Suka menonjolkan diri selain senang gugup,
terutama bila bersalah.
U
Suka berterus-terang dan menyendiri.
Naif baginya merugikan orang lain.
Tidak tahan dengan kritikan
dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
V
Tutur katanya lembut dan pemalu.
Pandai meyesuiakan diri.
Selain itu,mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat.
Tidak suka berterus terang.
W
Ramah dan mudah simpati.
Sikapnya amat menawan.
Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan.
Keras kepala dan sukar diatur,
tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
X
Budi pekertinya halus.
Suka melakukan pekerjaan sosial.
Mudah tersinggung
dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri.
Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik.
Tidak berani mengemukakan pendapat.
Z
Pandai berjenaka
dan menyesuaikan diri dalam pergaulan.
Suka disapa terlebih dulu
dan gemar menonjolkan diri.
~SEKIAN~






















No comments:
Post a Comment