cara menghilangkan sifat malu

Views
malu....
satu prsan yang pyah nk d ubah dlm diri seseorang
lbh2 lg ble nk brdepan gan org rmai..

sbgai seorang bkal guru, insyALLAH..
prsan malu ni msti dikikis n d power rangeskan
xblh malu2..

so kt cni..
ade tips nk hilangkan malu..
sape2 yang ade sifat pemalu bolehlah cuba2
mne tau kot2 mnjdi..

jom layannnnssss..





Perasaan malu yang akan diterangkan adalah 


dari konteks perkara yang menghalang daripada kemajuan diri sendiri. 
Sebagai contoh, 
seorang yang malu untuk membentangkan hasil kerja mereka di khalayak ramai, 
malu untuk berkomunikasi dengan orang lain dan sebagainya. 

Untuk lebih memudahkan pemahaman adalah mengenai perasaan malu yang tidak bertempat.
 Ia sepatutnya tidak perlu wujud di dalam diri anda. 


Sebelum menerangkan mengenai 
cara menghilangkan perasaan malu, 
anda perlu tahu terlebih dahulu mengenai faktor yang menyebabkan seseorang menjadi pemalu.
 Perasaan malu wujud adalah disebabkan 
terlalu memberi tumpuan terhadap diri sendiri dan terlalu banyak kebimbangan. 
Berkemungkinan mereka terlalu memikirkan
 kesempurnaan terhadap sesuatu perkara yang dilakukan
. Ia adalah amat baik sekiranya anda mementingkan kesempurnaan, 
tetapi anda tidak perlu memikirkannya sehigga ia mampu untuk mempengaruhi tindakan anda.
 Bagaimanakah cara untuk anda menghilangkan perasaan malu? 


Mentaliti

Anda sepatutnya tidak terlalu memikirkan 
mengenai tanggapan orang lain terhadap diri anda. 
Lakukan sesuatu dengan cara anda yang tersendiri. 
Pasti anda berjaya mengawal situasi walaupun sebenarnya anda berasa malu. 


Latihan
Untuk menghilangkan perasaan malu juga memerlukan latihan. 
Mulakan latihan dengan cuba berkomunikasi 
dengan orang yang rapat dengan anda. 
Kemudian latih pula diri anda untuk 
berkomunikasi dengan orang yang baru dikenali. 


Fokus
 Fokuskan terhadap perbualan yang sedang dilakukan 
dan bukannya memikirkan mengenai diri sendiri.
 Orang lain lebih selesa
 sekiranya anda menjadi diri anda yang sebenar. 


Bertanya soalan
 Untuk mengekalkan sesuatu perbualan, 
anda perlu bertanyakan soalan. 
Jangan berasa malu untuk bertanya. 
Ini adalah cara terbaik untuk mengelakkan anda daripada terus membatu. 


Imaginasi
Jangan cuba bayangkan
 apa yang orang lain fikir mengenai setiap kenyataan anda.
 Biarkan mereka
 yang membuat keputusan samaada bersetuju ataupun tidak. 


Keyakinan
Bina keyakinan diri sendiri secara berperingkat. 


Perwatakan
 Cuba lakonkan seperti anda sebenarnya tidak berasa malu. 
Pasti lama-kelamaan 
anda akan terbiasa dengan sesuatu situasi itu.











No comments:

Post a Comment